Prinsip Koperasi

Makna Koperasi

Sebagai satu pertubuhan yang matlamatnya untuk meningkatkan kepentinganekonomi angota-anggota. Anggota koperasi hendaklah berjaya  membantu diri sendiri dengan menggembleng sumber dalaman yang ada (saham, yuran, aset)  untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anggota.

 Prinsip-Prinsip Koperasi

Prinsip yang patut diamalkan oleh koperasi untuk membezakan koperasi dengan badan perniagaan yang lain ialah:-

  1. Keanggotaan secara sukarela dan terbuka.

Keanggotaan koperasi sepatutnya terbuka kepada mereka yang layak, tanpa mengira bangsa, jantina dan ugama. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi serta berniat untuk memajukan diri melalui koperasi boleh memohon untuk menjadi anggota koperasi tersebut

Anggota koperasi hendak berusaha mempelajari ilmu berkoperasi’,tahu akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota. antaranya menyumbang modal dan membuat langganan atas produk koperasi.

  1. Kawalan dan Pengurusan Secara Demokratik

Anggota-anggota koperasi sebenarnya merupakan pengawal dan pembuat keputusan. Peranan anggota yang aktif sangat diperlukan dalam Mesyuarat Agung koperasi. Dalam pengurusan harian pula, lembaga koperasi yang dilantik telah diberi mandat dan garispanduan untuk menguruskan koperasi tersebut.

  1. Pulangan Terhad Atas Modal Yang Di Sumbangkan Oleh Anggota-Anggota.

Pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen adalah dihadkan. Akta Koperasi membenarkan pemberian dividen kurang 10 % boleh diberi kepada anggota melalui keuntungan bersih tahunan koperasi tanpa kelulusan Pendaftar Koperasi. Tujuan dihadkan pulangan dividen ini ada beberapa sebab antaranya ialah :-

  1. sebahagian keuntungan direzabkan untuk harta mudah cair
  2. pembayaran rebet atas langganan
  3. sebagai modal pusingan
  4. untuk diagihkan dalam kumpulanwang yang diwujudkan bagi menjaga kebajikan anggota-anggota

Prinsip ini sebenarnya menggalakkan anggota menjadi anggota yang aktif menyertai aktiviti koperasi, bukan sebagaiAngg pelabur yang diam sahaja.

  1. Pembahagian Keuntungan Dengan Saksama

Prinsip ini menekankan sebarang keuntungan yang diperolehi oleh koperasi dan apabila dipulangkan semula keuntungan tersebut kepada anngota hendaklah dibuat secara adil. Keadilan ini boleh diasaskan melalui :-

  1. Terdapat kelulusan anggota-anggota melalui kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi.
  2. Pulangan kepada anggota sepatutnya diasaskan kepada penglibatan mereka dalam koperasi. Penglibatan mereka sebenarnya yang menentukan kemajuan koperasi itu.
  3. Terdapat aturan atau garispanduan bagaimana pulangan tersebut diagihkan atau digunakan oleh lembaga koperasi.
  1. Penggalakkan Pendidikan Koperasi

Prinsip ini menekankan perlunya pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan dan perniagaan koperasi diberi kepada anggota-anggota koperasi supaya mereka dapat memahami perjalanan koperasi mereka dan membantu dalam membuat keputusan yang baik. Dengan ada nya pengetahuan yang baik, anggota-anggota koperasi dan lembaga dapat menentukan perjalanan koperasi mereka akan mencapai objektif penubuhannya. Dengan ini , ada baiknya lembaga merancang program pendidikan ini setiap tahun, dengan mengadakan peruntukan tahunan dan pastikan anggota mereka dapat menyertai program pendidikan koperasi ini.

  1. Kerjasama Aktif Di Kalangan Koperasi-Koperasi Berdaftar

Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri, koperasi boleh membantu sesama sendiri melalui kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama antara koperasi boleh dijalankan secara mendatar atau secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini, kegiatan koperasi kanmenjadi bertambah besar , harga barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.

Berdasarkan kepada persekitaran operasi koperasi, Lembaga Koperasi memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Keperluan kepada ilmu pengetahuan ini telah diberi penekanan oleh Akta Koperasi 1993 yang menetapkan kuasa dan tanggungjawab Lembaga yang pada

Umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Dalam melaksanakan hal ehwal sesuatu koperasi, Lembaga  dikehendaki berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.

PETIKAN  SEKSYEN 45(1) AKTA KOPERASI MALAYSIA 1993

(AKTA 502)

Liabiliti anggota Lembaga

(1) Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi, anggota Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah  bertanggungan  secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau arahan mesyuarat agungnya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi

berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi itu.

(3) Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu.

(4) Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Lembaga Koperasi

Lembaga koperasi  merupakan komponen penting dalam organisasi koperasi. Lembaga koperasi merupakan sekumpulan anggota yang telah dilantik dan dipertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir perjalanan koperasi tersebut. Mereka telah diberi mandat dan amanah untuk menguruskan koperasi. Lembaga mempunyai akauntabiliti atas tindakan-tindakan yang diambil.

Seksyen 44 , Akta Koperasi 1993, menerangkan lembaga hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan, wang dan harta koperasi; dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi berjalan dengan sempurna. Dalam melicinkan pentadbirannya, lembaga boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang telah diberi terma dan rujukan tugas tertentu. Laporan jawatankuasa kecil ini mesti dibincangkan dan diluluskan oleh lembaga koperasi.

Ciri-ciri penting untuk menentukan sesuatu lembaga koperasi itu boleh memainkan peranan dalam tadbir urus yang baik, ialah:-

  • Lembaga hendaklah mempunyai vision, mission dan hala tuju koperasi yang hendak dibawa. Lembaga juga hendaklah mengenalpasti strategi-strategi yang akan digunakan untuk mencapai objektif penubuhannya.[1]. Dalam hal ini, mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan hendaklah bermaklumat, jelas, telus dalam membuat keputusan dan mengikut peraturan yang sepatutnya.
  • Lembaga hendaklah mempunyai ilmu dalam pengurusan dan mengetahui serba sedikit selok belok perniagaan. Seksyen 45, Akta Koperasi 1993 menerangkan lembaga hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa. Ini bermakna, ilmu pengurusan mestilah dikuasai oleh lembaga, disamping mempunyai nilai atau sifat yang baik seperti amanah, jujur, bertanggungjawab dan rajin.
  •  Lembaga hendaklah mempunyai panduan-panduan dan aturan-aturan kerja yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung. Dengan adanya panduan dan aturan tersebut, lembaga mudah menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan skop yang diberi. Disamping itu, lembaga hendaklah mengetahui kandungan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan oleh Menteri Koperasi, mematuhi pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dan mematuhi Undang-Undang Kecil yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung mereka
  •  Lembaga hendaklah jelas akan peranan dan tanggungjawabnya dan ada garis pemisah  dengan pihak pasukan pengurusan. Lembaga akan menperincikan sasaran, polisi dan tindakan, manakala pihak pengurusan akan memikirkan bagaimana kaedah untuk melaksanakan polisi dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Lembaga akan mengawal tindakan pihak pengurusan ini melalui satu struktur pelaporan yang berkesan.
  • Jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang dilantik atau ditubuhkan hendaklah mempunyai terma rujukan bidang tugas yang perlu dilaksanakan. Tidak semua kuasa diserahkan kepada jawatankuasa-jawatankuasa kecil ini.

Apabila lembaga koperasi bertindak dengan mematuhi undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan, keputusan-keputusan yang dibuat oleh lembaga sukar untuk dicabar kerana proses membuat keputusan tersebut telah melalui langkah-langkah yang betul. Bahan-bahan bukti penting seperti minit mesyuarat dan surat-surat perlantikan serta perjanjian hendaklah diuruskan dan disimpan dengan baik untuk menjadi sokongan bahawa proses membuat keputusan telah dibuat dengan telus, akauntabiliti dan melibatkan semua anggota lembaga.

Koperasi akan bermasalah apabila lembaga koperasi mempunyai ciri-ciri berikut:-

  • tidak amanah , mempunyai kepentingan diri
  • tiada kerjasama antara mereka
  • hanya segelintir lembaga sahaja yang aktif
  • tidak fokus untuk memajukan koperasi
  • tiada perancangan masa depan
  • terlalu percaya dengan pihak pengurusan
  • tiada sistem kawalan dalam
  • tiada polisi dalam pentadbiran harian

[1] Prinsip 1 dalam Panduan Tadbir Urus Koperasi, 2007 menerangkan koperasi hendaklah ditadbir oleh lembaga yang efektif dengan misi, strategi dan nilai tadbir koperasi dinyatakan dengan jelas.

Mengenai Mesyuarat Agung Kawasan. Lembaga hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya lima belas hari kepada semua anggota yang tinggal di dalam sesuatu kawasan sebelum mesyuarat agung kawasan diadakan dan  notis itu hendaklah menyatakan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat.  Notis ini hendaklah disampaikan berasingan melalui pos atau dengan cara lain yang munasabah, mengikut keputusan Lembaga  kepada  tiap-tiap  anggota  di alamatnya yang terakhir didaftarkan di pejabat Koperasi ini atau disiarkan di dalam satu atau lebih media nasional

Pemilihan Juru AuditDalam
Adalah menjadi tugas lembaga koperasi untuk melantik juru audit dalaman yang kompeten, selari dengan hasrat pindaan Akta Koperasi 1993 yang baru. Antara ciri untuk menilai ialah :-

  • mampu menyimpan rahsia dan tinggi integriti
  • sangat memahami undang9undang kecil koperasi, akta koperasi
  • memahami pengurusan koperasi
  • mampu berkomunikasi yang berkesan dengan lembaga koperasi dan pihak pengurusan operasi
  • memahami tanggungjawab untuk menyediakan laporan kepada pihak lembaga
  • mampu merangka kerja audit yang berkesan dan efisyen
  • mampu menawarkan cadangan pembaikan yang berkesan atas setiap penemuan audit

 

Kemampuan untuk menghadapi dan menangani konflik adalah salah satu kunci kejayaan  dalam satu organisasi khususnya dalam pengurusan koperasi. Kejayaan lembaga koperasi menyelesaikan konflik antara mereka akan membantu membawa kejayaan besar kepada koperasi mereka.

Konflik, dalam arti sebenarnya, merupakan suatu perbezaan pendapat yang terjadi dari kemungkinan dua atau lebih arah tujuan . Contohnya, beberapa  lembaga koperasi tidak bersetuju dengan projek yang dicadangkan manakala ada yang bersetuju.  Apa kaedah yang sesuai, maka perlulah :

  1. Mendengarkan dan memahami apa isu yang sebenar.
  2. Cari beberapa cadangan yang sesuai dan tidak berkepentingan
  3. Fokus pada isu dan kenyataan, serta hindari menilai konflik sebagai sesuatu yang terlalu pribadi.
  4. Mendengarkan; menyimak dari setiap pihak; dari setiap sudut pandang secara seksama yang mencaripengertian. Meyakinkan bahwa pemahaman mereka sudah benar.
  5. Jika boleh elak  tindakan menyerang atau bertahan.

.

Konflik harus diakui dan ditangani sebaik mungkin. Jika ada lembaga koperasi  memiliki masalah dengan seseorang, segera pergi untuk berbicara dengan dia, sebelum isu tidak dapat kawalan.

SELEPAS PENDAFTARAN KOPERASI

PANDUAN PLAN TINDAKAN

Antara tindakan SEGERA yang perlu diambil oleh koperasi ialah:-

 Menyimpan Sijil Pendaftaran, Undang-undang Kecil, Akta dan Peraturan Koperasi serta segala rekod-rekod koperasi di tempat yang selamat dan di alamat berdaftar koperasi.

Menyusun pentadbiran melalui mesyuarat Lembaga dan melantik pegawai koperasi sebagai contoh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari serta menentukan tugas yang ditetapkan di bawah Undang-undang Kecil.

Mengkaji atau meneliti Undang-undang Kecil agar segala tindakan seterusnya adalah berasaskan kepada Undang-undang Kecil yang didaftarkan dan diterima pakai.

Mendapatkan/menyimpan satu salinan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995 serta sebarang pindaan untuk rujukan.

Menganjurkan majlis penerangan/kursus kepada anggota-anggota. Koperasi asas hendaklah dianggotai sekurang-kurangnya 50 orang (minimum)  Koperasi Menengah pula dianggotai sekurang-kurangnya 2 koperasi asas –Akta Koperasi.

Mengumpul syer-syer minimum anggota-anggota untuk memperolehi hak, kewajipan dan liabiliti serta bagi menghadiri mesyuarat agung pertama koperasi dan mesyuarat agung seterusnya mengikut Undang-undang Kecil Koperasi.

Mengurus dan mengemaskini akaun koperasi supaya diaudit mengikut jadual bagi membolehkan koperasi mengadakan mesyuarat agung tahunan dalam tempoh 6 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan.

Mengadakan Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut jadual. Senarai anggota Lembaga hendaklah dikemukakan dalam tempoh 15 hari kepada Pendaftar Koperasi dan minit-minit mesyuarat hendaklah dihantar satu salinan kepada Pendaftar Koperasi Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh mesyuarat

Berhubung dengan pegawai penyelia koperasi di SKM berhampiran  untuk mendapat nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa

Tanda budaya organisasi yang tidak sihat.

Di antara petanda-petanda organisasi yang tidak diurus dengan baik boleh dilihat melalui tingkah laku pengurusan: terlalu banyak komplin dan pertikaian  atas Koperasi itu, tiada sikap prihatinlembaga koperasi terhadap keperluan anggota,
terlalu sedikit pembaharuan dalam produk atau perkhidmatan atau cara berurusan dengan  anggota.
kakitangan dan pengurusan tidak aktif dan mengambil sedikit inisiatif untuk  melakukan perubahan dan memperbaiki. Tidak tahu bahawa anggota adalah tuan punya.

 pihak pengurusan hanya melaksanakan operasi biasa tidak ‘business oriented’,  pengurusan lewat atau tidak mengambil tindakan atas mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.

  •  pihak pengurusan tidak secara aktif melaksanakan perubahan tetapi hanya pandai cakap sahaja dan tujuan mereka.
  • menerima sahaja prestasi organisasi yang mula menurun dan sikap memadai atas keadaan koperasi.

Petanda-petanda di atas merupakan alasan biasa yang terjadi atas organisasi yang tidak sihat khasnya Koperasi.

PANDUAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN

  1.        Lembaga  Koperasi boleh menentukan beberapa kawasan yang dikehendaki. Mereka yang layak dalam kawasan tersebut hendaklah diberi notis 15 hari dari tarikh mesyuarat agung kawasan tersebut. Notis hendaklah mengandungi tarikh, masa , tempat dan agenda mesyuarat. Anggota yang layak adalah anggota yang telah membayar syer minima mengikut Undang-undang Kecil Koperasi.
  1.    Jumlah kourum mesyurat dan bilangan perwakilan yang akan dilantik hendaklah dirujuk dalam Undang-umdang Kecil Koperasi. Contohnya: 30 orang anggota yang pertama , 2 perwakilan. Tambahan 30 orang berikutnya, seorang perwakilan dan jumlah perwakilan kawasan tersebut hendaklah tidak melebihi 20 orang.
  1.        Bilangan perwakilan yang dipilih itu hendaklah berdasarkan jumlah anggota yang layak hadir dalam kawasan tersebut.
  1.              Kourum mesyuarat agung kawasan hendaklah 1/3 daripada jumlah anggota yang layak menerima notis (yang layak hadir). Setengah Undang-undag Kecil membuat tambahan bilangan , iaitu yang mana kurang. Contohnya: 1/3 atau 10 orang adalah cukup kourum mesyuarat.
  1. Agenda mesyuarat agung kawasan mengikut Undang-undang Kecil ialah:
  2. Membincang dan menimbangkan akaun koperasi;
  3. Menimbangkan deraf belanjawan tahunan  koperasi;
  4. Cadangan pindaan Undang-undang Kecil dan aturan aktiviti, jika ada
  5. Melantik perwakilan ke mesyuarat agung tahunan;
  6. Membincangkan usul-usul yang diterima 7 hari sebelum mesyuarat kawasan tersebut.
  1. Para perwakilan yang hadir hendaklah memilih seorang pengerusi dan seorang setiausaha untuk mencatit perjalanan mesyuarat. Senarai kehadiran hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya nama, no kad pengenalan dan tanda tangan.
  1. Minit mesyuarat yang ditulis hendaklah terang dan jelas. Pastikan nama pencadang dan penyokong dicatit. Minit yang ditanda tangan oleh Pengerusi dan Setiausaha hendaklah dihantar ke pejabat koperasi dalam tempoh 1 minggu selepas mesyuarat kawasan selesai.
  1.              Jika sesuatu kawasan itu tidak mempunyai wakil penyelaras, lembaga boleh menghadiri mesyuarat tersebut untuk memberi ucapan alu-aluan. Lembaga boleh mengadiri mana-mana mesyuarat kawasan, bergantung kepada kelulusan belanjawan yang ada dan keputusan mesyuarat lembaga sebelumnya.
  1.     Jika tidak cukup kourum selepas 30 minit, mesyuarat agung kawasan tersebut hendaklah dibatalkan dan dipanggil mesyuarat (notis ) yang baru. Jika masih tidak cukup kourum selepas panggilan mesyuarat kali ke 2 ini, maka hilanglah hak perwakilan kawasan tersebut.

Checklist Untuk Koperasi Baru

CHECK-LIST  MENGURUSKAN KOPERASI

BIL PERKARA CATITAN
1. Persediaan Pejabat koperasi

–          Nama dan logo koperasi

–          carta organisasi

–          nama bahagian

–          fungsi bahagian

–          bilik – bilik pegawai koperasi

–          bilik mesyuarat dan bilik fail

–          sijil pendaftaran

–          piagam pelanggan

–          kaunter pelanggan
–          Akta Koperasi/Undang-undang Kecil Koperasi

Penyediaan Borang-Borang

–          Borang menjadi anggota

–          Borang menambah saham

–          Borang Pinjaman

–          Borang Berhenti
–          Borang Tambah Saham
–          Borang Mohon Bantuan dari SKM
–          Borang Pencalunan

2. Kakitangan

–          bilangan kakitangan

–          jawatan kakitangan
–          Skim gaji, carta organisasi

–          skim perkhidmatan yang telah diluluskan oleh lembaga koperasi

–          bayaran perkeso dan lain-lain

Mereka yang tidak berkenaan tidak sepatutnya berada dalam pejabat koperasi.
–          Latihan kakitangan, latihan konsep koperasi
3. Pengurusan fail

–          fail minit mesyuarat lembaga

–          fail minit mesyuarat agung kawasan

–          fail minit mesyuarat agung tahunan

–          fail minit jawatankuasa-jawatankuasa kecil

–          fail urusan dgn SKM

–          fail pindaan Undang Undang Kecil koperasi

–          fail aduan dari anggota

–          fail jkuasa audit dalaman

–          fail audit luar

–          lain-lain fail

–          daftar fail (utk daftarkan semua fail)

Pastikan fail dikemaskinikan dengan minit-minit yang lengkap.
4. Anggota

–          kandungan daftar anggota
o   nama
o   tarikh keanggotaan

  • o   no keanggotaan
  • o   alamat terkini
  • o   telepon no
  • o   jumlah syer
  • o   jumlah yuran
  • o   nama pewaris
Akan disemak oleh pendaftar koperasi. Tiada anggota bersekutu. Anggota hendaklah cukup jumlah saham minimanya mengikut UUK.

 

5. Pengurusan akaun

–          senarai asset dan pelaburan

–          lejer –lejer dan resit-resit

–          baucar bayaran

–          penyata bank

–          buku tunai

–          lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pengurusan akaun

Latihan sangat perlu untuk mendapatkan kemahiran menguruskan akaun koperasi. Boleh gunakan system perakaunan yang sesuai.
6. Aktiviti

–          aturan aktivti hendaklah yang diluluskan
dalam mesyuarat agung

–          ada kertas cadangan yang telah dipertimbangkan
dalam mesyuarat lembaga dan mesyuarat
agung koperasi

–          tiada kepentingan diri lembaga dalam aktiviti tersebut.

–          Aktiviti tersebut telah memberi faedah kepada
anggota dan koperasi.

Aturan Aktiiti vlebih merupakan garis panduan bagaimana untuk melaksanakan aktiviti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat agung.
7. Lembaga koperasi

–          rujuk UUK koperasi dari segi tugas dan tanggungjawab lembaga.

–          Mengadakan mesyuarat lembaga berpandujan agenda dalam UUK koperasi

–          Berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan biasa

–          Melaksanakan keputusan mesyuarat agung koperasi.

–          Minitkan setiap keputusan lembaga

–          Lembaga yang mengawal perjalanan koperasi, bertanggungjawab secara bersama atau berasingan jika ada kesalahan di bawah akta ini.

–          Meluluskan cara pembayaran

–          Pastikan kourum mesyuarat mencukupi.

–          Menerima elaun yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung.

–          Sentiasa berhubung dengan anggota antaranya;-

o   Memaklumkan aktiviti baru koperasi

o   penerangan kepada anggota

Tugas mengendalikan koperasi bukan tugas individu, tetapi hendaklah bekerja secara berpasukan.

Minta anggota menambahkan syer

o   Memaklumkan status anggota.

o   Anjurkan seminar / majlis

8. Juru audit Dalaman

–          menjalankan tugas memeriksa minit dan akaun koperasi

–          menyediakan laporan pemeriksaan kepada
lembaga dan  mesyuarat agung

–          membuat pemeriksaan 3 bulan sekali.

9.

Lain-lain Perkara

–          lembaga hendaklah sentiasa merujuk Undang-undang kecil dan Akta koperasi dalam menguruskan perjalanan koperasi ini.

–          lembaga dan anggota hendaklah memahami prinsip dan falsafah koperasi. Koperasi bukan untuk kepentingan individu atau golongan tertentu.

–          Untuk setiap cadangan aktiviti baru kepada lembaga untuk kelulusan, adalah diwajibkan koperasi membentangkan kertas kerja cadangan aktiviti itu yang lengkap bagi memudahkan pertimbangan dibuat.

Menguruskan koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan yang mempunyai visi, misi dan perancangan strategik yang jelas

Contoh Aturan Koperasi

KOPERASI ABC… BERHAD

ATURAN KUMPULANGWANG PENDIDIKAN ANGGOTA

1. Aturan ini dinamakan “Aturan Kumpulangwang Pendidikan Anggota Koperasi”- Koperasi ABC.. Berhad.

Aturan ini diwujudkan dibawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan koperasi ini meluluskannya.

Tajuk
2. Di dalam aturan ini, tafsiran yang dipersetujui adalah seperti berikut:- Tafsiran
“Akta” ini ertinya Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan koperasi 1995 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Anggota” ertinya mereka yang telah menjadi anggota koperasi ini dengan membayar syer minimum yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Koperasi ini;

“Koperasi” atau “Koperasi ini” bermaksud Koperasi ABC..Berhad.

“Pemberian” bermaksud bantuan kewangan yang diberikan melalui Kumpulangwang ini;

“Pemohon” bermaksud seorang anggota yang memohon mendapatkan bantuan dari kumpulanwang ini.

“Anak” bermaksud anak kandung, anak angkat yang sah dan anak tiri anggota yang berumur bawah 20 tahun.

“Program pendidikan” adalah mana-mana program bercorak pendidikan termasuk lawatan sambil belajar yang difikirkan sesuai oleh lembaga ini untuk memajukan anggota dan anak-anak anggota. Program ini boleh dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta.

“Lembaga Koperasi” adalah lembaga koperasi yang dilantik mengikut Undang-Undang kecil Koperasi ini.

3 Tujuan kumpulangwang ini adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota dan anak-anak anggota dalam program pendidikan. Tujuan
4. Kelayakan untuk memohon ialah:-

(a)    Pemohon hendaklah telah menjadi anggota koperasi ini sekurang-kurangnya dua tahun.

(b)   Pemohon atau anaknya belum lagi menerima apa-apa pemberian kewangan dari sumber lain mengenai program pendidikan itu.

Kelayakan Untuk Memohon
5 Permohonan hendaklah dimajukan kepada Setiausaha koperasi. Permohon hendaklah menyatakan tujuan program pendidikan tersebut dan kos yang terlibat. Nyatakan juga sebab program itu hendak diikuti oleh pemohon atau anak pemohon. Permohonan hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum program pendidikan itu akan berjalan. Permohonan
6. Lembaga koperasi akan membuat penilaian dan keputusan diatas setiap permohonan. Kaedah pemilihan permohonan hendaklah berdasarkan kriteria berikut:-

(a)    Pendapatan pemohon

(b)   Bilangan anak

(c)    Tempoh menjadi anggota koperasi

(d)   Penglibatan aktif dalam koperasi

(e)    Bukti program pendidikan yang baik untuk koperasi

Kaedah Pemilihan
7. Rekod dan  surat permohonan serta keputusan lembaga hendaklah dikemaskinikan dan disimpan oleh setiausaha koperasi Rekod
8 Akaun Kumpulanwang ini hendaklah di audit dalam tempoh tertentu oleh Juruaudit Dalaman Koperasi. Audit

Aturan Kumpulangwang ini handaklah dibaca bersama dengan Undang-Undang Kecil koperasi ini. Adalah disahkan bahawa Aturan Kumpulangwang Pendidikan Anggota  bagi Koperasi  ABC..Berhad berkuatkuasa setelah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini pada …………..

(                                          ) (                                        ) (                                         )
Pengerusi Setiausaha Bendahari

Mesyuarat Agung Koperasi

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)  dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Korum mesyuarat agung tahunan biasanya 1/3 daripada jumlah perwakilan, atau dalam keadaan untuk meluluskan pindaan undang-undang kecil, korum 2/3 dari jumlah perwakilan diperlukan. Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-

–          menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman. Disini, para perwakilan boleh menilai presatsi kerja yang telah dijalankan oleh lembaga koperasi.

–          Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi yang teraudit dan pembahagian keuntungan, termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi

  • –          Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan

  • –          Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman

  • –          Meluluskan pinjaman luar koperasi

  • –          Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.

Dalam mesyuarat agung tahunan , anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalunkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.

Peranan MAT adalah seperti berikut –

Penyampaian Maklumat

Anggota-anggota koperasi akan mendapat maklumat melalui laporan atas hal ehwal perjalanan dan pencapaian koperasi termasuklah apa-apa arahan, pandangan dan teguran Suruhanjaya sejak MAT yang terakhir.

 Penilaian MAT merupakan forum bagi membolehkan anggota atau perwakilan menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan koperasi sejak MAT yang terakhir. Ini membolehkan koperasi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan dan pengurusannya pada masa hadapan.

 Perancangan MAT merupakan platform bermulanya idea dan cadangan daripada anggota kepada Lembaga koperasi. Idea dan cadangan ini menggambarkan kehendak atau keperluan bersama anggota koperasi bagi membolehkan dan memudahkan koperasi merancang sebarang perkhidmatan atau aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.

Pengawalan MAT merupakan kuasa kawalan ke atas sebarang kelemahan, salahlaku, penyelewengan dan pelanggaran terhadap undang-undang kecil koperasi atau aturan-aturan. Anggota-anggota koperasi bolehlah mengambil tindakan ke arah memperbaiki pengurusan koperasi khususnya dari segi pematuhan kepada perundangan dan nilai-nilai koperasi.

Amalan tadbir urus yang baik antaranya:-

  1. Kepimpinan koperasi yang berintegriti, akauntibiliti, kompeten, berpengalaman, berpengetahuan dan dapat membuat keputusan yang bijak dan tiada kepentingan diri.

  1. Mempunyai polisi dan prosedur yang jelas serta budaya mematuhi semua perundangan serta mempunyai pengasingan tugas yang jelas antara ALK dan Pengurusan. Menetapkan satu tempoh yang munasabah untuk memegang jawatan ALK.

  1. Menguruskan koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan yang mempunyai visi, misi dan perancangan strategik yang jelas.

  1. Mengwujudkan beberapa J/kuasa Khas yang berkesan untuk menilai prestasi dan sumbangan setiap Anggota Lembaga mengikut ketetapan kriteria pencapaian koperasi seperti J/kuasa Imbuhan, J/kuasa Pemilihan Anggota Lembaga Pengarah (ALK) dan J/kuasa Pengurusan Risiko.

  1. Mempunyai JuruAudit Dalaman (JAD)  yang bebas, kompeten, berkelayakan, tegas dan  berpengalaman. Menjalankan audit disemua bahagian dan telus.

  1. Melahirkan barisan pelapis di kalangan anggota melalui pendidikan yang berterusan supaya memahami prinsip dan hal-ehwal koperasi serta menerapkan nilai-nilai murni dalam budaya kerja koperasi.

·         Cadangan menggunakan peruntukan yang boleh ditolak daripada sumbangan ke Kumpulan Wang Amanah Pendidikan.

  1. Membuat penilaian secara berkala prestasi keseluruhan koperasi termasuk ALK, Pengurusan dan JAD oleh pihak luar (dari agensi Kerajaan yang berkaitan/autoriti).

  1. Koperasi perlu mempunyai Pasukan  Pengurusan yang cekap, profesional dan meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat

dan sistem pelaporan yang lengkap kepada pihak yang berkepentingan (Stakeholder).

·         Pembangunan sistem IT dicadangkan menggunakan peruntukan yang boleh ditolak daripada sumbangan ke Kumpulan Wang Amanah Pembangunan.

  1. Mengamalkan sistem komunikasi berterusan dan berkesan antara ALK dan Anggota dengan menggunakan saluran media yang bersesuaian.

  1. Menyertai Koperasi APEX/Gabungan dalam membantu koperasi untuk meningkatkan tadbir urus yang berterusan.

Hari Koperasi Negara 2015


Hari Koperasi Negara 2015 akan di adakan di Tebingan Kuching Sarawak pada 14 hingga 16 Ogos tahun ini. Ianya adalah julung kali sambutan hari koperasi ini diadakan di Malaysia Timur khususnya di Negeri Sarawak. Tujuan Hari koperasi ini adalah memberi pengiktirafan kepada koperasi yang berjaya pada tahun ini, disamping untuk mempromosikan gerakan koperasi kepada masyarakat negara ini. Koperasi-koperasi yang mengambil bahagian dalam expo ini akan mempamirkan produk dan perkhidmatan yang ada dalam koperasi mereka. Para pengunjung akan melihat pamiran koperasi serta banyak acara untuk menarik mereka hadir akan diadakan.

Kejayaan sambutan ini pada pandangan saya bergantung kepada berapa faktor :-
  • mereka yang datang dapat menghayati dan mempelajari kejayaan dan kebaikan berkoperasi. Kalau setakat datang untuk berhibur saya kuatir maksud sebenar tidak tercapai
  • pengisian program-program ilmuu  yang dapat memahamkan para pengunjung mengenai kegiatan berkoperasi
  • pemantauan selepas program, maklum balas dan follow up dan follow through akan setiap persafahaman atau perbincangan yang telah dibuat semasa majlis tersebut
  • Pamiran yang tunjukan kejayaan koperasi yang telah berjaya dan faktor-faktor kejayaan mereka untuk dicontohi oleh koperasi-koperasi baru. Ada proses knowledge sharing, ada proses penghijarahan ilmu
Kalau tidak, sambutan Hari Koperasi Negara ini kurang impak yang seperti diharapkan dan hanya menguntungkan segelintir pihak.

Bolehkah koperasi berjaya dalam aktiviti perumahan

Sering dibincangkan , bagaimana koperasi boleh berjaya menjalankan aktiviti perumahan untuk anggotanya. Pada masa ini terdapat hampir 200 buah koperasi yang didaftarkan untuk menjalankan aktiviti perumahan, namun begitu sebenarnya ada lebih 1,500 buah lagi yang menjalankan aktiviti ini sebagai pelaburan dalam koperasi dan juga untuk memenuhi kehendak anggota koperasi mereka. Pada pandangan saya, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu kejayaan ini; antaranya ialah:

  • koperasi mesti berjalan dan diurus sepertimana pengurusan koperasi yang sebenar, faham prinsip dan falsafah berkoperasi. Lembaga koperasi mesti mematuhi peraturan koperasi terutama Undang-Undang Kecil koperasi dalam menguruskan koperasi ini.
  • Pengurusan kewangan dan projek yang baik . “operate at cost”. Pastikan efisyen dalam menguruskan kos projek
  • Perlu ada kemahiran. Lantik mereka yang bertauliah dalam menguruskan projek perumahan ini, jika lembaga kurang ilmu. Lembaga akan membuat pemantauan yang rapi. Selalu nya koperasi kurang mahir dalam memahami kandungan surat perjanjian – ada yang tertipu semasa urusan ‘joint venture’. Biar kita rugi sikit dengan mendapatkan pandangan profesional daripada kita rugi banyak dan memalukan.
  • Beri maklumbalas yang jujur dan tepat kepada para anggota akan kemajuan projek kita. Kerana anggota merupakan pembeli dan penyumbang modal.
  • Perlu ada garis panduan yang jelas mengenai urusan aktiviti perumahan ini. Dapatkan kelulusan mesyuarat agung koperasi. Ini dapat menjadi bahan rujukan jika berlaku sebarang masalah atau pertikaian.
  • Yang paling penting,, kita buat rumah untuk anggota kita mampu milik.
Syabas kepada pihak Maktab Kerjasama Malaysia yang telah mengadakan seminar mengenai hartanah ini pada 26 – 27 Ogos 2015. Perlu diteruskan.

KOPERASI – Cabaran Tahun 2016

Dalam keadaan ekonomi kita yang tidak menentu pada tahun ini akibat kejatuhan harga minyak dan penurunan ringgit,kos sara hidup yang meningkat,  perniagaan koperasi juga terjejas yang menyebabkan pendapatan koperasi menurun. Pendapatan koperasi menurun , jika kos operasi yang masih sama, ada kemungkinan ada koperasi yang mengalami kerugian. Keadaan ini jika berlaku, koperasi tidak akan mampu memberi dividen dan rebet kepada anggota-anggotanya.
Oleh itu apa lembaga koperasi dan pengurusan koperasi perlu lakukan? Keadaan tidak saa seperti dulu…kena berubah. Antaranya :-

  • pihak pengurusan koperasi kena jimat berbelanja, lihat struktur belanjawan kita. Optimakan peruntukan yang ada untuk mendatangkan impak yang tinggi
  • focus kepada perniagaan yang betul-betul menguntingkan koperasi dan memberi faedah kepada anggota koperasi
  • memperkemaskan tadbir urus koperasi. Zaman bermewah sudah habis!
  • kena gerakkan rangkaian antara koperasi..kerjasama antara koperasi supaya economy of scale boleh dijalankan.
  • maklumat mesti telus dan cepat. Keputusan yang lebih pantas setelah kajian mendalam dibuat.

Adalah menjadi harapan kita, koperasi kita , menbantu anggota kita dalam kehidupan ini. Cuba cari jalan supaya anggota kita menggunakan perkhidmatan dan barangan koperasi kita dengan harha yang berpatutan. Kerana itu adalah tujuan kita berkoperasi. Salam.

PANDANGAN MENGENAI GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

Apa ciri koperasi berjaya

Selalu juga koperator bertanya pada saya, apakah ciri-ciri koperasi yang berjaya. Mestikah koperasi yang berjaya tu berniaga berjuta-juta ringgit tetapi anggota tak tau apa yang berlaku dalam koperasi, pejabat koperasi pun tak tahu alamatnya atau koperasi tu hanya bergiat secara kecil-kecilan aje. Jawapan saya , senang aje, kena lihat beberapa sudut. Antaranya:-
  • pertama sekali , lihat pada tujuan penubuhan koperasi itu, bersungguh dulu nak tubuh sebab apa? Apa tujuan pakat beramai-ramai dengan kumpul modal dulu. Kalau nak jalankan aktiviti pinjam meminjam, dah berjalan ke aktiviti tu. Maknanya , berjaya jika telah berjaya menjalankan aktiviti yang dirancang.
  • seterusnya lihat pula apa faedah kepada anggota, orang yang menyertai koperasi itu. Jika mereka telah dapat faedah dan perkhidmatan yang disediakan, maknanya koperasi itu berjaya membantu anggota. Faedah ni termasuk dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.
  • Juga kena lihat, adakah perkhidmatan tu membebankan anggotanya, jika kena bayar dengan kos yang tinggi sedangkan beli tempat lain lagi murah, itu maknanya tidak berjaya berjalan sebagai sebuah koperasi
  • Unsur penting bagi saya, adakah proses demokrasi itu berlaku dalam membuat keputusan. Jika tidak berlaku, berniaga berjuta-juta pun tidak dianggap berjaya dalam istilah konsep koperasi. (mungkin saya berfikiran lama sangat?)
  • Koperasi yang berjaya juga bermakna semua maklumat dalam koperasi itu dimaklumi atau diketahui oleh anggota, ketelusan dalam aktiviti koperasi. Semua anggota tahu perjalanan koperasi mereka dan ada tanggungjawab untuk melihat koperasi berjaya. Terbit sifat kekitaan, kepunyaan yang tinggi. Agak-agaknya sifat tu ada ke dalam perjalanan koperasi sekarang?
  • Yang lain-lain tu, biasalah good governance mesti ada dalam perjalanann dan pengurusan koperasi, patuh kepada nilai koperasi, peraturan  dan Akta Koperasi