Prinsip Koperasi

Makna Koperasi

Sebagai satu pertubuhan yang matlamatnya untuk meningkatkan kepentinganekonomi angota-anggota. Anggota koperasi hendaklah berjaya  membantu diri sendiri dengan menggembleng sumber dalaman yang ada (saham, yuran, aset)  untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anggota.

 Prinsip-Prinsip Koperasi

Prinsip yang patut diamalkan oleh koperasi untuk membezakan koperasi dengan badan perniagaan yang lain ialah:-

  1. Keanggotaan secara sukarela dan terbuka.

Keanggotaan koperasi sepatutnya terbuka kepada mereka yang layak, tanpa mengira bangsa, jantina dan ugama. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi serta berniat untuk memajukan diri melalui koperasi boleh memohon untuk menjadi anggota koperasi tersebut

Anggota koperasi hendak berusaha mempelajari ilmu berkoperasi’,tahu akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota. antaranya menyumbang modal dan membuat langganan atas produk koperasi.

  1. Kawalan dan Pengurusan Secara Demokratik

Anggota-anggota koperasi sebenarnya merupakan pengawal dan pembuat keputusan. Peranan anggota yang aktif sangat diperlukan dalam Mesyuarat Agung koperasi. Dalam pengurusan harian pula, lembaga koperasi yang dilantik telah diberi mandat dan garispanduan untuk menguruskan koperasi tersebut.

  1. Pulangan Terhad Atas Modal Yang Di Sumbangkan Oleh Anggota-Anggota.

Pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen adalah dihadkan. Akta Koperasi membenarkan pemberian dividen kurang 10 % boleh diberi kepada anggota melalui keuntungan bersih tahunan koperasi tanpa kelulusan Pendaftar Koperasi. Tujuan dihadkan pulangan dividen ini ada beberapa sebab antaranya ialah :-

  1. sebahagian keuntungan direzabkan untuk harta mudah cair
  2. pembayaran rebet atas langganan
  3. sebagai modal pusingan
  4. untuk diagihkan dalam kumpulanwang yang diwujudkan bagi menjaga kebajikan anggota-anggota

Prinsip ini sebenarnya menggalakkan anggota menjadi anggota yang aktif menyertai aktiviti koperasi, bukan sebagaiAngg pelabur yang diam sahaja.

  1. Pembahagian Keuntungan Dengan Saksama

Prinsip ini menekankan sebarang keuntungan yang diperolehi oleh koperasi dan apabila dipulangkan semula keuntungan tersebut kepada anngota hendaklah dibuat secara adil. Keadilan ini boleh diasaskan melalui :-

  1. Terdapat kelulusan anggota-anggota melalui kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi.
  2. Pulangan kepada anggota sepatutnya diasaskan kepada penglibatan mereka dalam koperasi. Penglibatan mereka sebenarnya yang menentukan kemajuan koperasi itu.
  3. Terdapat aturan atau garispanduan bagaimana pulangan tersebut diagihkan atau digunakan oleh lembaga koperasi.
  1. Penggalakkan Pendidikan Koperasi

Prinsip ini menekankan perlunya pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan dan perniagaan koperasi diberi kepada anggota-anggota koperasi supaya mereka dapat memahami perjalanan koperasi mereka dan membantu dalam membuat keputusan yang baik. Dengan ada nya pengetahuan yang baik, anggota-anggota koperasi dan lembaga dapat menentukan perjalanan koperasi mereka akan mencapai objektif penubuhannya. Dengan ini , ada baiknya lembaga merancang program pendidikan ini setiap tahun, dengan mengadakan peruntukan tahunan dan pastikan anggota mereka dapat menyertai program pendidikan koperasi ini.

  1. Kerjasama Aktif Di Kalangan Koperasi-Koperasi Berdaftar

Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri, koperasi boleh membantu sesama sendiri melalui kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama antara koperasi boleh dijalankan secara mendatar atau secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini, kegiatan koperasi kanmenjadi bertambah besar , harga barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.

Berdasarkan kepada persekitaran operasi koperasi, Lembaga Koperasi memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Keperluan kepada ilmu pengetahuan ini telah diberi penekanan oleh Akta Koperasi 1993 yang menetapkan kuasa dan tanggungjawab Lembaga yang pada

Umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Dalam melaksanakan hal ehwal sesuatu koperasi, Lembaga  dikehendaki berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.

PETIKAN  SEKSYEN 45(1) AKTA KOPERASI MALAYSIA 1993

(AKTA 502)

Liabiliti anggota Lembaga

(1) Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi, anggota Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah  bertanggungan  secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau arahan mesyuarat agungnya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi

berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi itu.

(3) Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu.

(4) Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s