Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Korum mesyuarat agung tahunan biasanya 1/3 daripada jumlah perwakilan, atau dalam keadaan untuk meluluskan pindaan undang-undang kecil, korum 2/3 dari jumlah perwakilan diperlukan. Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-
– menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman. Disini, para perwakilan boleh menilai presatsi kerja yang telah dijalankan oleh lembaga koperasi.
– Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi yang teraudit dan pembahagian keuntungan, termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi
-
– Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan
-
– Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman
-
– Meluluskan pinjaman luar koperasi
-
– Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.
Dalam mesyuarat agung tahunan , anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalunkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.
Peranan MAT adalah seperti berikut –
Penyampaian Maklumat
Anggota-anggota koperasi akan mendapat maklumat melalui laporan atas hal ehwal perjalanan dan pencapaian koperasi termasuklah apa-apa arahan, pandangan dan teguran Suruhanjaya sejak MAT yang terakhir.
Penilaian MAT merupakan forum bagi membolehkan anggota atau perwakilan menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan koperasi sejak MAT yang terakhir. Ini membolehkan koperasi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan dan pengurusannya pada masa hadapan.
Perancangan MAT merupakan platform bermulanya idea dan cadangan daripada anggota kepada Lembaga koperasi. Idea dan cadangan ini menggambarkan kehendak atau keperluan bersama anggota koperasi bagi membolehkan dan memudahkan koperasi merancang sebarang perkhidmatan atau aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Pengawalan MAT merupakan kuasa kawalan ke atas sebarang kelemahan, salahlaku, penyelewengan dan pelanggaran terhadap undang-undang kecil koperasi atau aturan-aturan. Anggota-anggota koperasi bolehlah mengambil tindakan ke arah memperbaiki pengurusan koperasi khususnya dari segi pematuhan kepada perundangan dan nilai-nilai koperasi.
Amalan tadbir urus yang baik antaranya:-
|
|
|
|
|
· Cadangan menggunakan peruntukan yang boleh ditolak daripada sumbangan ke Kumpulan Wang Amanah Pendidikan. |
|
dan sistem pelaporan yang lengkap kepada pihak yang berkepentingan (Stakeholder).· Pembangunan sistem IT dicadangkan menggunakan peruntukan yang boleh ditolak daripada sumbangan ke Kumpulan Wang Amanah Pembangunan. |
|
|